Site icon TechNave BM

GoPro HERO11 Black Mini dilancar di Malaysia: Lebih kecil dan ringan pada harga RM1,979

GoPro secara rasmi mengumumkan bahawa HERO11 Black Mini baharu mereka kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM1,979. Dengan reka bentuk yang lebih kecil dan lebih ringan, kamera aksi HERO11 Black Mini sesuai digunakan oleh atlet dan pencipta kandungan yang memerlukan sesuatu mudah alih.

Mini menampilkan sensor 8:7 yang lebih besar pada kedalaman warna 10-bit dengan video Cinematic 5.3K60, 4K120 + 2.7K240 dan gambar 24.7MP. Mini ini mempunyai berat hanya 133g dengan Bateri Enduro 1,500mAh.

Terdapat banyak ciri lain, spesifikasi teknologi dan butiran seperti tangkapan TimeWarp 3.0 pada 5.3K dan 3 pratetap TimeLapse Kesan Malam baharu. Anda boleh lawati laman web rasmi GoPro untuk tahu lebih lanjut. 

HERO11 Black Mini mempunyai segala spesifikasi dan fungsi yang terdapat pada HERO11 Black, namun satu perbezaan ketara adalah Mini tidak mempunyai skrin di bahagian hadapan dan belakangnya untuk membantu penggambaran. Selain itu, HERO11 Black Mini juga lebih ringan daripada HERO11 Black.

Jika anda berminat dengan HERO11 Black, jangan lupa untuk baca ulasan kami terlebih dahulu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version