Site icon TechNave BM

GoPro HERO9 Black dan MAX dijual pada harga promosi sempena Hari Raya, bermula RM1,899

GoPro Malaysia akan menganjurkan promosi istimewa sehingga 31 Mei sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, di mana beberapa produk mereka akan dijual pada harga diskaun. Ini termasuklah kamera lasak GoPro HERO9 Black yang dijual pada harga RM1,899 (harga asal RM2,099), iaitu kamera terbaru dalam siri HERO yang menawarkan resolusi 5K, fotografi 20MP dan skrin LCD di hadapan dan belakang.

Jika anda ingin membeli GoPro HERO9 Black, jangan lupa untuk baca dahulu ulasan kami di mana kami amat menggemari prestasi kamera kecil ini, terutamanya pada penstabilannya yang amat kukuh dan kualiti imej cantik.

Selain itu, GoPro MAX pula akan dijual pada harga RM2,310 dan pelanggan akan menerima alat kawalan jauh pintar (bernilai RM379) secara percuma. Kamera ini boleh digunakan sebagai kamera 360 darjah dan menawarkan fungsi seperti penstabilan Max HyperSmooth, rakaman 360 darjah dalam resolusi 6K dan boleh ditenggelami air sehingga 16 kaki atau 5 meter.

Pelanggan GoPro juga berpeluang untuk memenangi sebuah motosikal Vespa Sprint bernilai RM18,000 dengan setiap pembelian HERO9 Black atau MAX sebelum 31 Mei. Butiran tentang pertandingan ini boleh dibaca dalam laman web ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version