Site icon TechNave BM

GXBank: Faedah deposit 5% Savings Pockets setahun akan berakhir lebih awal

Kepada pengguna GXBank yang ingin menikmati diskaun faedah deposit 5% Savings Pockets setahun, ketahuilah bahawa ia akan berakhir walaupun belum sampai 9 Mei lagi. Menurut kenyatanaan GXBank, Savings Pockets 5% sangat popular sehingga melebihi had RM1 bilion.

Oleh itu, sesiapa yang ingin mendaftar Savings Pockets selepas 23 April 2024 tidak akan dapat menikmati faedah deposit 5% setahun tetapi dikurangkan kepada 3% setahun. Bagi Savings Pockets yang dibuat sebelum 23 April, mereka boleh terus menikmati 5% setahun sehingga tamat promosi.

Tawaran ini akan tamat pada 9 Mei 2024. Jika anda bercadang untuk membuka Savings Pockets bagi menikmati diskaun setahun 5%, anda mesti melengkapkan pendaftaran sebelum 23 April dan depositkan wang ke dalamnya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GXBank

Exit mobile version