More

    GXBank lancar kempen raya: Keuntungan harian 5% dengan deposit ke Poket Simpanan

    GXBank mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan melancarkan kempen Raya yang menarik untuk rakyat Malaysia. Mulai daripada 10 April hingga 9 Mei 2024, pelanggan yang mendepositkan dana ke dalam Poket Simpanan mereka akan layak memperoleh keuntungan harian sebanyak 5% setahun.

    Berbeza dengan Deposit Tetap, Poket Simpanan tidak memerlukan tempoh kunci dan memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada pelanggan untuk mengeluarkan dana bila diperlukan tanpa risiko kehilangan keuntungan. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan GXBank untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus menyimpan dan mewujudkan impian kewangan mereka sambil memastikan keperluan sambutan mereka dijaga.

    Tawaran terhad ini memberikan peluang kepada individu untuk mengoptimumkan simpanan mereka dan mengalami pertumbuhan dana yang pesat. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan baru dan sedia ada GXBank dengan dana baru dan/atau sedia ada dalam Poket Simpanan mereka dengan baki sehingga RM5,000 dalam setiap Poket Simpanan serta setiap pelanggan boleh membuka sehingga 10 Poket Simpanan.

    Terma & Syarat penuh akan tersedia di laman web GXBank pada 5 April 2024. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...