Site icon TechNave BM

Harga kanta Zeiss untuk orang rabun pada Apple Vision Pro boleh capai ~RM2,700

Apple telah melancarkan Vision Pro di WWDC 2023 beberapa hari lalu dan mengesahkan bahawa pengguna yang rabun akan menggunakan Sisipan Optik ZEISS untuk memastikan visual dan ketepatan penjejakan mata.

Sisipan optik yang dibekalkan oleh ZEISS untuk pemakai cermin mata yang ingin membeli set kepala Vision Pro Apple boleh menelan kos sebanyak $600. Mark Gurman daripada Bloomberg telah mengirim tweet dengan mengatakan bahawa kanta Zeiss untuk Vision Pro akan berharga sekurang-kurangnya $300-600 (~RM1,383-2,767) sepasang.

Harga tersebut mungkin berubah dengan Apple menanggung sebahagian daripada kos memandangkan harga set kepala itu sendiri sudah tinggi. Kanta tersebut dijual secara berasingan dan ZEISS berkata mereka akan memberikan maklumat selari dengan ketersediaan Apple Vision Pro dalam pasaran.

Sebaliknya, peranti seperti Meta Quest dilengkapi dengan aksesori untuk pemakai cermin mata yang boleh dipasangkan pada set kepala. Produk pihak ketiga juga boleh menawarkan pilihan sisipan optik untuk set kepala tersebut tetapi mungkin mengambil sedikit masa.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version