Site icon TechNave BM

Harga realme X7 Pro dengan skrin AMOLED 120Hz tertiris, sekitar ~RM1395

Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum pelancaran siri realme X7 di China pada 1 September ini, sebuah gambar mengenai harganya telah disebarkan di media sosial Weibo di China.

Gambar tersebut menunjukkan harga untuk model realme X7 Pro. Selain daripada harganya, gambar itu juga menunjukkan spesifikasi penting peranti realme X7 Pro seperti cipset Mediatek Dimensity 1000+, pengecasan pantas 65W, kamera utama 64MP, kamera swafoto 32MP, dan banyak lagi.

Berdasarkan gambar tersebut, harga realme X7 Pro untuk varian RAM 6GB dan storan 128GB adalah RMB2,299 (~RM1395). realme X7 Pro juga dijangka akan menggunakan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan mempunyai berat 184g sahaja.

Bagaimana dengan harga dan spesifikasi realme X7 Pro yang tertiris ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai realme dan siri realme X7.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version