More

    realme 7 dan realme 7 Pro mungkin dilancarkan di India September ini

    Terkini, terdapat laporan yang mendedahkan bahawa realme 7 dan realme 7 Pro bakal dilancarkan pada awal September ini di India. Antara spesifikasi awal yang didedahkan adalah varian RAM, storan dan warna pilihannya.

    Pendedah maklumat tersebut menyatakan bahawa realme 7 ini bakal memiliki varian 6GB+64GB, 6GB+128GB dan 8GB+128GB dengan pilihan warna Mist Blue, Mist White.

    realme 7 Pro pula dijangka hadir dengan varian 6GB+128GB dan 8GB+128GB, bersama pilihan warna Mirror Blue dan Mirror Silver. Setakat ini, masih ketiadaan spesifikasi yang dapat dimaklumkan. Namun, sumber mendakwa bahawa siri realme 7 bakal mula diacah pada hari-hari berikutnya.

    Berkemungkinan juga, realme 7 kali ini bakal menerima realme 7i. Spekulasi yang terbesar seterusnya adalah siri realme 7 dijangkakan adalah versi global untuk siri realme X7 yang bakal dilancarkan di pasaran China.

    Anda boleh membaca spesifikasi ramalan untuk siri realme X7 disini.

    Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured