Site icon TechNave BM

Harga Samsung Galaxy A22 5G tertiris, mungkin telefon 5G Samsung termurah

Selepas memperkenalkan siri telefon pintar Samsung Galaxy A32, A52 dan A72 pada bulan Mac, kini Samsung bakal melancarkan telefon mampu milik seterusnya dalam siri Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A22 5G. Sebelum ini, beberapa spesifikasinya telah pun tertiris termasuklah cipset Dimensity 700 untuk varian 5G dan cipset Helio G80 untuk varian 4G.

Kini harganya untuk pasaran Eropah telah pun tertiris, di mana ia akan dijual pada harga bermula EUR185 (~RM940) tanpa cukai Value-Added Tax (VAT) yang berbeza dalam setiap negara Kesatuan Eropah. Ini bermaksud ia mungkin akan dijual pada harga akhir EUR199 (~RM1,010) hingga EUR229 (~RM1,165).

Dengan harga tersebut, Galaxy A22 5G bakal menjadi telefon 5G termurah oleh syarikat Korea Selatan itu. Buat masa ini, telefon 5G Samsung yang termurah di Malaysia adalah Samsung Galaxy A32 5G yang berharga RM1,199.

Galaxy A22 5G dijangka akan dilengkapi storan dalaman 64GB, skrin LCD Full HD+ berukuran 6.4 inci, tiga kamera termasuk kamera utama 48MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 2MP serta bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A22 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version