More

    Spesifikasi Samsung Galaxy A22 4G dan 5G tertiris, dilengkapi cipset MediaTek Helio dan Dimensity

    Sebuah lagi telefon dalam siri Galaxy A, Samsung Galaxy A22, dijangka akan dilancarkan pada bulan Jun hadapan dan ia akan ditawarkan dalam dua varian utama iaitu 4G dan 5G seperti dalam kebanyakan telefon Galaxy A. Daripada segi luaran, kedua-duanya berkongsi rekaan yang sama, manakala perbezaan ketara adalah pada kamera, skrin dan cipset.

    Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Galaxy A22 5G akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700 dengan modem 5G, skrin LCD 6.4 inci dan pengimbas cap jari di bahagian sisi. Kameranya terdiri daripada tiga iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 5MP dan kamera makro 2MP.

    Samsung Galaxy A22 5G

    Sementara itu, Galaxy A22 4G pula akan dilengkapi cipset MediaTek Helio G80, skrin AMOLED 6.4 inci dan memandangkan ia mempunyai saiz butang suis yang agak standard, pengimbas cap jarinya mungkin berada di dalam skrin. Untuk kamera pula, ia terdiri daripada empat iaitu kamera 48MP + 5MP + 2MP + 2MP namun butiran kameranya masih belum diketahui.

    Selain itu, Galaxy A22 5G juga adalah lebih berat dan tebal berbanding Galaxy A22 4G, di mana Galaxy A22 5G mempunyai berat 205g dan ketebalan 9mm manakala Galaxy A22 4G mempunyai berat 185g dan ketebalan 8.5mm. Kedua-dua varian akan dilengkapi bateri 5,000mAh dengan pengecasan 15W.

    Samsung Galaxy A22 4G

    Siri Galaxy A22 juga dikhabarkan akan mempunyai RAM 6GB. Jika anda berminat untuk mendapatkan telefon yang serupa sekarang, anda boleh lihat pada Samsung Galaxy A12 atau Samsung Galaxy A32.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A22 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91 Mobiles

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured