More

    Samsung Galaxy A22 5G muncul di Geekbench dengan cipset Dimensity 700

    Semalam, imej janaan untuk peranti permulaan Samsung Galaxy A22 5G telah muncul dalam talian. Kini, peranti ini pula telah dikesan di laman web penanda aras Geekbench.

    Melihat kepada penyenaraian Geekbench, peranti SM-A226B (merujuk kepada Galaxy A22) dilihat hadir dengan cipset Dimensity 700 5G. Ia juga hadir dengan RAM 6GB dan Android 11.

    Berdasarkan sumber sebelum ini, Galaxy A22 5G mungkin dilengkapi kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan dua kamera 2MP. Mengikut imej janaan komputer, Galaxy A22 5G hadir dengan skrin takuk Infinity-V yang menempatkan kamera swafoto 13MP.

    Peranti ini dijangka akan dijual pada tanda harga $200 (~RM822) dan mungkin dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang.

    Ikuti kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured