Site icon TechNave BM

Harga Samsung Galaxy Z Fold2 turun, menandakan pelancaran Fold3 yang hampir

Telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold2 yang dilancar pada September 2020 merupakan sebuah peranti yang sangat menarik namun dijual pada harga yang sangat mahal. Kini, Samsung dilihat telah mengurangkan harga telefon lipat itu dengan agak ketara, menandakan pelancaran penggantinya yang mungkin semakin hampir.

Menurut sumber, Samsung Amerika Syarikat telah menurunkan harga Galaxy Z Fold2 kepada USD1,799 daripada harga asal USD1,999. Pada awal tahun ini, Samsung juga telah menurunkan harga Samsung Galaxy Z Flip 5G kepada USD1,199 daripada USD1,399. Walau bagaimanapun, harga untuk pasaran Malaysia masih kekal pada RM7,999 sewaktu artikel ditulis.

Perbandingan harga Galaxy Z Fold2 dalam pasaran AS dengan harga Malaysia

Samsung biasanya menurunkan harga sesebuah peranti apabila penggantinya akan dilancar dalam masa terdekat, jadi kita mungkin boleh jangkakan pengganti Fold2 untuk dilancar lebih awal sebelum bulan September dan sesetengah khabar angin mengatakan ia akan dilancar pada bulan Mei. Tahun ini sudah pun menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy S21 yang lebih awal berbanding tahun-tahun ini, iaitu pada Januari 2021.

Baca lebih banyak berita tentang Galaxy Z Fold 3 di sini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5 Google

Exit mobile version