Site icon TechNave BM

Harga Sony PlayStation 5 baharu untuk pasaran Malaysia naik, bermula RM2,069

Pada minggu lalu, Sony telah melancarkan model baharu untuk konsol gaming PlayStation 5 (PS5) yang menampilkan rekaan lebih nipis. Kini Sony mengesahkan bahawa ia akan dilancar untuk pasaran Malaysia, dengan harga bermula RM2,069.

Berikut adalah harga PlayStation 5 baharu untuk pasaran Malaysia:

Harga baharu ini lebih mahal sedikit daripada harga PS5 asal iaitu RM1,869 untuk Digital Edition dan RM2,299 untuk versi dengan pemacu cakera.

Perbezaan utama di antara dua model ini adalah ketiadaan pemacu cakera Blu-ray dalam PS5 Digital Edition. Pelanggan yang membeli model ini boleh menghubungkannya dengan pemacu cakera luaran yang akan dijual pada harga RM529. Selain itu, pelanggan juga boleh memasang storan tambahan 1TB namun harganya masih belum diumumkan.

PS5 Digital Edition dengan storan luaran dan pemacu cakera Blu-ray luaran
Tongkat penegak (vertical stand) PS5

Selain itu, PS5 baharu ini juga boleh didirikan dengan tongkat penegak (vertical stand) yang akan dijual pada harga RM149. Penegak ini akan dijual secara berasingan dan tidak disertakan bersama PS5.

Jika dibandingkan dengan model PS5 asal, model PS5 baharu ini mempunyai isipadu yang lebih kecil sebanyak 30 peratus dan lebih ringan sebanyak 24 peratus. Model baharu ini akan menggantikan model PS5 asal, bermaksud selepas stok untuk model asal itu habis dijual, pelanggan hanya boleh membeli model baharu ini.

Buat mereka yang gemar menghias PS5 mereka, Sony akan menjual PS5 Console Cover dalam warna merah, biru dan perak, namun harga aksesori ini untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan PS5 baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PlayStation Blog

Exit mobile version