Site icon TechNave BM

‘Hari realme 3.3’ pada 3 Mac ini – Pelancaran realme C3 dan tawaran potongan hebat sehingga RM300 untuk peranti lain

Terdahulu, realme telah melancarkan realme C3 di Indonesia dan turut mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan realme C3 di Malaysia. Selain daripada kejutan untuk pembeli awal realme C3 yang menonton siaran langsung pelancaran, realme turut menambah beberapa tawaran hebat.

Apa yang menariknya, anda boleh terus membeli realme C3 sejurus pada hari pelancarannya secara dalam talian. Biasanya, telefon pintar hanya boleh dibeli setelah beberapa hari pelancarannya. realme menyatakan bahawa anda boleh membeli realme C3 secara dalam talian melalui Shopee pada hari pelancarannya, 3 Mac 2020.

Bukan itu sahaja, realme turut memberi tawaran hebat potongan sehingga RM300 kepada peranti lain seperti realme 5, realme 5s, realme 5 Pro, realme XT, realme C2, realme 3 Pro, realme Buds 2, Buds Wireless dan realme Power Bank. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke pautan ini.

Jangan lupa untuk saksikan pelancaran realme C3! Adakah anda akan menyambar salah satu tawaran ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita tawaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version