More

    Pelancaran realme C3 dengan bateri besar 5000mAH yang berharga ~RM516

    Khabar angin kini telah disahkan! realme C3 telah dilancarkan pada hari ini di Indonesia dengan tiga sensor kamera. Selain itu, peranti ini juga hadir dengan bateri besar 5000mAh dan ianya dijual dengan hanya 1699000 IRP (~RM516). Jom kita terokai spesifikasi hebat lain mengenai peranti baru realme ini!

    realme C3 dihuni paparan LCD 6.5 inci dengan takuk teardrop yang menempatkan kamera selfie 5MP. Dengan cipset MediaTek Helio G70, peranti turut disokong oleh RAM 3GB dan storan 32GB. Jika anda fikir storan ini tidak cukup, terdapat slot kad MikroSD untuk penambahan storan.

    Sebagai tambahan, realme C3 bakal dioperasikan oleh Android 9 dan menampilkan tetapan Tiga Kamera AI termasuklah sensor utama 12MP yang menyokong sudut-lebar, lensa potret 2MP dan lensa makro 2MP. realme C3 juga menyokong pengecasan pantas 10W untuk memastikan bateri 5000mAH tersedia dengan pantas!

    Beritahu kami komen anda mengenai realme C3 baru ini di laman Facebook! Nantikan berita pelancaran telefon pintar terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...