HONOR mengambil pendekatan luar biasa untuk mempamerkan keupayaan bateri HONOR 600 Pro dengan demonstrasi unik melibatkan perbandingan terus terhadap pesaing utama. Siri ini dilengkapi bateri silikon-karbon berkapasiti 7,000mAh yang lebih besar berbanding telefon mercu daripada Apple dan Samsung.
Untuk membuktikan kelebihannya, HONOR menjalankan demonstrasi dengan menanggalkan bateri daripada tiga peranti iaitu HONOR 600 Pro, iPhone 17 Pro dan Samsung Galaxy S26 sebelum digunakan untuk menggerakkan kereta kawalan jauh (RC). Dalam ujian tersebut, kereta yang dikuasakan oleh HONOR 600 Pro terus bergerak jauh lebih lama selepas dua pesaingnya berhenti.
iPhone menjadi yang pertama kehabisan kuasa diikuti Galaxy S26. Walaupun demonstrasi ini bukan perbandingan dunia sebenar kerana ketahanan bateri turut dipengaruhi faktor seperti kecekapan perisian, paparan dan pengurusan haba. Pendekatan ini lebih menekankan kelebihan kapasiti bateri mentah yang dibawa HONOR.
Kepada mereka yang gemar kepada rekaan iPhone 17 Pro tetapi tidak mahu menggunakan sistem iOS, anda boleh mencuba siri HONOR 600. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

