More

    HONOR 600 Pro tewaskan iPhone 17 Pro dan Galaxy S26 dalam ujian bateri luar biasa

    HONOR mengambil pendekatan luar biasa untuk mempamerkan keupayaan bateri HONOR 600 Pro dengan demonstrasi unik melibatkan perbandingan terus terhadap pesaing utama. Siri ini dilengkapi bateri silikon-karbon berkapasiti 7,000mAh yang lebih besar berbanding telefon mercu daripada Apple dan Samsung.

    Untuk membuktikan kelebihannya, HONOR menjalankan demonstrasi dengan menanggalkan bateri daripada tiga peranti iaitu HONOR 600 Pro, iPhone 17 Pro dan Samsung Galaxy S26 sebelum digunakan untuk menggerakkan kereta kawalan jauh (RC). Dalam ujian tersebut, kereta yang dikuasakan oleh HONOR 600 Pro terus bergerak jauh lebih lama selepas dua pesaingnya berhenti.

    iPhone menjadi yang pertama kehabisan kuasa diikuti Galaxy S26. Walaupun demonstrasi ini bukan perbandingan dunia sebenar kerana ketahanan bateri turut dipengaruhi faktor seperti kecekapan perisian, paparan dan pengurusan haba. Pendekatan ini lebih menekankan kelebihan kapasiti bateri mentah yang dibawa HONOR.

    Kepada mereka yang gemar kepada rekaan iPhone 17 Pro tetapi tidak mahu menggunakan sistem iOS, anda boleh mencuba siri HONOR 600. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...