Site icon TechNave BM

HONOR 9X Pro akan memulakan jualan pada 17 April ini dalam internet sahaja

HONOR 9X Pro yang baru dilancarkan untuk pasaran Malaysia minggu lepas akan memulakan jualannya pada 17 April di kedai dalam talian Hihonor sahaja. Ini adalah berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga akhir bulan ini.

Sebelum ini, HONOR mengatakan 9X Pro akan boleh didapati di seluruh kedai HONOR Experience Store serata negara kerana PKP dijangkakan tamat pada 14 April. Namun, kini HONOR terpaksa mengubah kaedah jualan tersebut dan berpindah ke kedai dalam talian sahaja. Walau bagaimanapun, tarikh penjualan 17 April masih dikekalkan.

Jika anda berminat untuk membeli HONOR 9X Pro pada Jumaat ini, jangan lupa untuk beritahu kami di Facebook dan baca dulu ulasan kami tentangnya. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version