Site icon TechNave BM

HONOR akan anjurkan acara pelancaran antarabangsa pada 12 Ogos

HONOR telah pun melancarkan siri telefon pintar andalan HONOR 50 di China, iaitu telefon andalan pertama oleh jenama itu selepas ia berpisah daripada HUAWEI. Kini, HONOR mungkin akan melancarkan peranti tersebut untuk pasaran antarabangsa pada 12 Ogos.

HONOR telah mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan acara HONOR Global Press Conference pada hari tersebut namun mereka tidak mengesahkan sama ada sebarang gajet akan dilancarkan. Sungguh pun begitu, syarikat itu dijangka akan melancarkan siri HONOR 50 dalam acara tersebut.

Di samping itu, HONOR mungkin akan turut melancarkan siri telefon HONOR Magic 3 yang mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 888 Plus serta sokongan untuk Google Mobile Services. Oleh itu, pelancaran ini pasti dapat menarik perhatian pengguna di seluruh dunia.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version