fbpx
More

    Siri HONOR 50 dilancar : Cipset Snapdragon 778G 5G, kamera 108MP, cas pantas 100W, harga bermula ~RM1,543

    HONOR hari ini telah melancarkan siri telefon premium mereka yang terbaru iaitu siri HONOR 50. Siri kali ini hadir dengan tiga model iaitu HONOR 50, HONOR 50 Pro dan HONOR 50 SE.

    Antara spesifikasi menarik yang ada pada siri HONOR 50 kali ini adalah cipset Snapdragon 778G 5G, pengecasan pantas 100W, skrin AMOLED 120Hz dan macam-macam lagi. Siri HONOR 50 ini juga hadir dengan sokongan Google Mobile Services.

    Tanpa buang masa, mari kita lihat spesifikasi penuh dan ciri-ciri baru siri HONOR 50.

    HONOR 50

    • Berat 175g, ketebalan 7.78mm
    • Skrin 6.57 inci OLED FHD+, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 300Hz
    • Sensor cap jari bawah skrin optikal
    • Cipset Snapdragon 778G 5G, GPU Adreno 642L
    • RAM 8/12GBGB + storan 128/256GB
    • Antara muka Magic UI 4.2 atas perisian Android 11 (sokong Google Mobile Services)
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra lebar 8MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,300mAh dengan pengecasan pantas 66W (20 minit – 70%)

    HONOR 50 Pro

    • Berat 187g, ketebalan 8.05mm
    • Skrin 6.72 inci OLED FHD+, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 300Hz
    • Sensor cap jari bawah skrin optikal
    • Cipset Snapdragon 778G 5G, GPU Adreno 642L
    • RAM 8/12GB + storan 256GB
    • Magic UI 4.2 atas perisian Android 11
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra lebar 8MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 32MP + ultra lebar 12MP
    • Bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 100W (20 minit – 90%)

    HONOR 50 SE

    • Berat 191g, ketebalan 8mm
    • Skrin 6.78 inci IPS LCD FHD+, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 240Hz
    • Sensor cap jari sisi
    • Cipset Dimensity 900 5G, GPU Mali-G78 MC4
    • RAM 6GB/8GB + storan 128/256GB
    • Magic UI 4.2 atas perisian Android 11
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 66W (20 minit – 75%)

    Untuk skrin, telefon pintar HONOR 50 dan HONOR 50 Pro menggunakan skrin melengkung 75 darjah yang menyokong 1.07 bilion warna. Ia juga turut menyokong 100% gamut warna DCI-P3, kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 300Hz. Kedua-dua peranti juga mempunyai bezel rangka senipis 1.31mm sahaja.

    HONOR 50 hadir dengan berat 175g dan ketebalan 7.78mm manakala HONOR 50 Pro dengan ketebalan 187g dan ketebalan 8.05mm. Peranti ini sememangnya adalah sebuah telefon pintar yang nipis dan ringan!

    Siri HONOR 50 kali ini dilihat menggunakan reka bentuk modul kamera dua lensa dimana ia nampak lebih seragam dan lebih menawan. HONOR 50 dan 50 Pro ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu snow crystal (perak), summer amber (merah), bright black (hitam) dan ink jade green (hijau).

    Kali ini, HONOR menekankan kepada kebolehan kamera hadapan HONOR 50 Pro. Ia terdiri daripada kamera swafoto utama 32MP dan kamera swafoto ultra lebar 12MP 100 darjah. Kamera swafoto ini menyokong pengecasan pintar AI, mod malam super dan fungsi kabur hadapan.

    Ia juga hadir dengan ciri Vlog yang menyokong rakaman beberapa video serentak. Ini bermakna anda boleh merakam kamera hadapan dan belakang atau dua kamera belakang pada masa yang sama. Siri HONOR 50 kali ini juga hadir dengan beberapa mod suntingan yang memudahkan anda menghasilkan video yang kreatif.

    HONOR 50 dan 50 Pro dilengkapi 4 kamera belakang iaitu kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

    Dari segi prestasi pula, HONOR 50 dan 50 Pro dilengkapi cipset Snapdragon 778G 5G yang pertama di dunia. Berbanding generasi yang lalu, CPU dan GPU cipset ini menawarkan kenaikan sehingga 45%. Ia juga menyokong GPU Turbo X.

    Kedua-dua peranti ini juga dilengkapi sistem penyejukan Vapor Chamber yang dapat memberikan pengalaman gaming yang lebih lancar. Siri HONOR 50 juga menyokong teknologi LINK Turbo, perubahan empat jaringan pintar.

    HONOR 50 hadir dengan bateri 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W yang dapat mengecas 70% dalam 20 minit. Manakala HONOR 50 Pro menyokong pengecasan pantas 100W dengan bateri 4,000mAh. Ia mengambil masa 20 minit untuk memenuhi 90% bateri.

    HONOR 50 SE

    Untuk HONOR 50 SE pula, ia menggunakan skrin 6.78 inci dengan bezel rangka senipis 1.1mm dan 94.3% nisbah skrin-ke-badan. Ia hadir dengan kamera utama 108MP, kamera makro 2MP dan kamera ultra lebar 8MP. Selain itu, ia dilengkapi cipset Dimensity 900 5G, menyokong kadar segar semula 120Hz, pengecasan pantas 66W dan bateri 4,000mAh. Ia dapat mengecas 75% bateri dalam masa 20 minit sahaja. HONOR 50 SE ditawarkan dengan tiga warna iaitu putih, biru dan hitam.

    Berikut adalah harga HONOR 50 SE:

    • 8GB+128GB – 2399 yuan (~RM1,543)
    • 8GB+256GB – 2699 yuan (~RM1,736)

    HONOR 50 :

    • 8GB+128GB – 2699 yuan (~RM1,736)
    • 8GB+256GB – 2999 yuan (~RM1,929)
    • 12GB+256GB – 3399 yuan (~ RM2,187)

    HONOR 50 Pro:

    • 8GB+256GB – 3699 yuan (~RM2,380)
    • 12GB+256GB – 3999 yuan (~RM2,573)

    CEO HONOR, Zhao Ming mengumumkan bahawa siri ini akan memasuki pasaran global dalam masa terdekat termasuklah pasaran Malaysia. Yang menarik, beliau juga memberitahu bahawa jika anda menantikan peranti HONOR dengan cipset Snapdragon 888, anda boleh menunggu telefon pintar HONOR Magic 3 yang bakal dilancar tidak lama lagi.

    Adakah anda berminat dengan peranti terbaru dari HONOR? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Shopee lancarkan program Jaminan Tepat Masa untuk penghantaran barang bermula 6 Mei ini

    Shopee akan melancarkan inisiatif terbaharunya, program Jaminan Tepat Masa yang bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan mengenai kebolehpercayaan penghantaran untuk pembeli dalam talian.

    Nothing Ear dan Ear (a) dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles lutsinar bermula RM479

    Nothing Malaysia telah memperkenalkan dua fon telinga wayarles baharu iaitu Nothing Ear dan Nothing Ear (a). Syarikat teknologi yang berpusat di London,...

    HONOR X7b 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 6020, bateri 6,000mAh & kamera 108MP berharga...

    Memperkenalkan HONOR X7b 5G, telefon pintar yang berkuasa yang mentakrifkan semula prestasi mudah alih dan fotografi. Ia dilengkapi dengan RAM 16GB dan...

    nubia Neo 2 5G dilancar di Malaysia: Tampilkan ‘Dual Gaming Shoulder Triggers’ berharga RM999

    Siri nubia Neo melancarkan peranti andalan terbaharunya, nubia Neo 2 5G yang dicipta untuk memenuhi keperluan pemain kasual dan peminat dengan mengutamakan...

    TIME naik taraf Pakej MyKabel 100Mbps kepada 200Mbps, harga kekal pada RM69/bulan

    Awal bulan ini, TIME memberikan peningkatan Speed Boost secara percuma kepada beberapa pelanggan yang layak. Kini, terdapat satu lagi peningkatan baru dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X