Site icon TechNave BM

HONOR Band 7 dilancar: Paparan AMOLED 1.47″ dan hayat bateri 14 hari bermula ~RM158

Selain mengeluarkan HONOR 80 GT dan HONOR Pad V8 Pro semalam, syarikat teknologi China itu turut mengeluarkan jam tangan pintar HONOR Band 7 menampilkan paparan AMOLED 1.47 inci dengan kaca melengkung 2.5D dan 221 ppi.

Menurut laman web rasmi HONOR China, peranti ini mempunyai semua ciri penjejakan kecergasan dan pemantauan kesihatan standard termasuk 96 mod sukan, pemantauan oksigen darah, pemantauan kadar jantung dan pemantauan tidur.

Band 7 dilengkapi dengan sokongan pembayaran, fotografi kawalan jauh dan kawalan main balik muzik. Daripada segi bateri, HONOR mendakwa bahawa jam tangan ini boleh bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan biasa dan 10 hari dengan penggunaan berat.

Ciri penting lain termasuk Bluetooth 5.2, sokongan pengecasan pantas dan pilihan warna Rose PinkCedar Blue atau Magic Night Black. Di China, Band 7 berharga CNY249 (~RM158) atau pada harga diskaun CNY199 (~RM127) dalam tempoh pra-tempah dari sekarang hingga 6 Januari 2022.

Namun, kami masih tidak mendapat sebarang maklumat mengenai kehadirannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version