More

    HONOR 80 GT dilancar: SD 8 Gen 1+, RAM 16GB, kamera 54MP dan bateri 4,800mAh bermula ~RM2,096

    HONOR mengumumkan HONOR 80 GT yang termasuk dalam barisan standard dan Pro. Syarikat itu turut mengumumkan beberapa peranti lain seperti HONOR Pad V8 Pro dan HONOR Band 7. 

    80 GT mempunyai panel OLED 6.67 inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel, kedalaman warna 10-bit, DCI-P3 100%, kecerahan puncak 1,400 nits dan kadar penyegaran semula 120Hz.

    Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 12GB atau 16GB dan storan 256GB. Di bahagian belakang terdapat kamera utama dengan sensor Sony IMX800 54MP, 1/1.49″, ultralebar 8MP f/2.2 dan makro 2MP. Di hadapannya pula membawa kamera swafoto 16MP dengan apertur f/2.4.

    Honor 80 GT dikuasakan oleh bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W dan menggunakan perisian Magic UI 7.0 berdasarkan Android 12. Selain itu, ia juga mempunyai ruang wap besar 4,386mm2 untuk penyejukan yang lebih baik, 1,415 wayar tembaga kecil dan lembaran graphene 74mm.

    Memandangkan ini adalah pelancaran China, versi RAM 12GB berharga CNY 3,299 (~RM2,096), manakala RAM 16GB berharga CNY 3,599 (~RM2,286). Anda boleh dapatkan peranti ini dalam warna hitam, biru dan putih.

    Setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai keberadaannya si Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...