Site icon TechNave BM

HONOR Experience Store terbesar luar China kini dibuka di Johor Bahru, sambutan tinggi untuk Magic V5

HONOR Malaysia telah membuka Kedai HONOR Experience yang terbesar di luar China, terletak di pusat beli-belah Mid Valley Southkey, Johor Bahru. Majlis pembukaannya berlangsung pada 26 Julai lalu dan menyaksikan kehadiran ramai pelanggan bagi mendapatkan telefon lipat HONOR Magic V5 dan lain-lain peranti HONOR yang menarik.

Pembukaan kedai ini merupakan mercu tanda yang penting buat HONOR Malaysia selepas membuka kedainya yang ke-100 di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada bulan lalu. Mereka komited untuk sediakan pengalaman pasca jualan yang lebih eksklusif dan premium buat para pelanggan.

Bagi meraikan pembukaannya, HONOR menawarkan pelbagai promosi menarik seperti hadiah cabutan bertuah dan pemberian kotak misteri eksklusif. Pelanggan juga berpeluang melihat sendiri telefon lipat HONOR Magic V5 yang sangat nipis, tahan lasak dan penuh dengan fungsi-fungsi canggih.

Pelanggan yang berminat dengan HONOR Magic V5 sekarang boleh mendapatkan rebat tukar beli sehingga RM400 dengan telefon, komouter riba atau tablet lama, serta menerima hadiah eksklusif bernilai RM2,697 yang merangkumi HONOR CHOICE Earbuds Clip, Perlindungan Retak Tanpa Bimbang 1 Tahun dan Jaminan Kualiti Tanpa Bimbang 2 Tahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk datang ke Kedai HONOR Experience ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version