More

    HONOR Magic V5 dilancar di Malaysia: Telefon lipat senipis 4.1mm, lengkap SD 8 Elite berharga RM6,999

    HONOR Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar lipat yang terbaru iaitu HONOR Magic V5. Telefon lipat ini bukan sahaja dilengkapi teknologi skrin lipat yang canggih dan spesifikasi yang setaraf telefon andalan (flagship) pada 2025, malah mempunyai reka bentuk yang lebih nipis berbanding Magic V3 pada tahun lalu, lantas menjadikannya telefon lipat paling nipis dalam dunia.

    Apabila skrinnya dibuka, Magic V5 mempunyai kenipisan 4.1mm sahaja untuk varian warna putih Ivory White, manakala varian warna-warna lain mempunyai kenipisan 4.2mm. Sebagai rujukan, ketebalan ini lebih kurang sama dengan ketebalan empat keping kad kredit.

    Apabila dilipat pula, ia mempunyai ketebalan 8.8mm (Ivory White) atau 9mm (warna-warna lain) iaitu serupa dengan ketebalan telefon pintar konvensional. Ini membuatkannya mudah digenggam dan tidak terlalu tebal seperti telefon lipat lain.

    Ia mempunyai dua skrin iaitu skrin luaran dan skrin dalaman yang boleh dilipat. Skrin luaran mempunyai ukuran 6.43 inci dengan nisbah aspek yang serupa dengan telefon biasa, manakala skrin dalamannya berukuran 7.95 inci dengan resolusi 2352×2172.

    Kedua-dua skrin mempunyai perlindungan Perisai NanoCrystal Anti-Calar supaya ia tidak mudah tercalar daripada geseran objek halus seperti kunci atau jatuhan ke atas permukaan yang keras. Skrin dalaman mempunyai tiga lapisan perlindungan termasuk teknologi bendalir bukan Newtonian (non-Newtonian fluid) yang boleh mengelakkan kerosakan daripada impak.

    Meskipun dengan rekaan yang sangat nipis, HONOR tidak berkompromi terhadap spesifikasi dalaman yang ditawarkan dalam Magic V5. Ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite iaitu cipset terpantas oleh Qualcomm setakat ini bagi menawarkan prestasi yang tinggi untuk semua kegunaan anda.

    Selain itu, telefon ini dilengkapi kapasiti bateri yang besar iaitu 5,820mAh. Sebagai rujukan, ini adalah lebih besar berbanding Magic V3 pada tahun lepas, walaupun Magic V5 mempunyai rekaan yang lebih nipis.

    Bateri ini turut menyokong kadar pengecasan pantas 66W dan pengecasan wayarles 50W. Sebuah pengecas 66W turut disertakan dalam kotaknya.

    "
    "

    Untuk kamera, HONOR mengatakan ia mempunyai kamera terbaik dalam telefon lipat, terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 64MP yang boleh zum digital sehingga 100x. Ia turut mempunyai dua kamera selfie 20MP, satu pada skrin luaran dan satu pada skrin dalaman.

    Telefon ini juga mempunyai ciri-ciri kecerdasan buatan (AI) yang direka khas oleh HONOR, seperti AI Deepfake Detection untuk mengesan video-video palsu yang dicipta dengan Deepfake, AI HONOR Image Engine untuk pemprosesan gambar yang cantik, AI Image to Video untuk menghasilkan video pendek daripada gambar dan banyak lagi.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR Magic V5:

    • Skrin luaran LTPO OLED 6.43 inci, resolusi 2376×1060, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 5,000 nits
    • Skrin dalaman LTPO OLED boleh lipat 7.95 inci, resolusi 2352×2172, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 5,000 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite
    • RAM 16B
    • Storan dalaman 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera telefoto periskop 64MP + kamera ultra-lebar 50MP
    • Kamera swafoto 20MP (skrin luaran) + kamera swafoto 20MP (skrin dalaman)
    • Bateri 5,820mAh
    • Pengecasan pantas 66W, pengecas disertakan dalam kotak
    • Pengecasan wayarles 50W
    • Sistem operasi Android 15 dengan MagicOS 9.0.1
    • Pengimbas cap jari sisi
    • Port USB-C 3.1 Gen 1
    • Menyokong Bluetooth 6.0, Wi-Fi 7, NFC, dwi-kad SIM
    • Warna emas Dawn Gold, putih Ivory White, perang Silk Brown dan hitam Black
    • Berat 217g (Ivory White), 222g (warna-warna lain)
    • Rating kalis air IP58 dan IP59
    • Harga: RM6,999

    Pra-tempahan untuk HONOR Magic V5 akan dibuka sehingga 24 Julai 2025 dan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai RM3,497, seperti pembesar suara premium Harman Kardon Onyx Studio 9 (bernilai RM1,299), Perlindungan Keretakan 1 Tahun Tanpa Bimbang dan Jaminan Kualiti 2 Tahun Tanpa Bimbang.

    Anda juga boleh tukar beli (trade-in) telefon pintar, tablet atau komputer riba lama di mana-mana HONOR Experience Store atau kedai-kedai terpilih untuk dapatkan rebat sehingga RM400. Promosi tukar beli ini akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2025.

    Jika anda mahukan pembayaran ansuran, HONOR menawarkan ansuran sehingga 24 bulan dengan kadar faedah 0%, pada harga bulanan RM292 sahaja.

    Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured