More

    HONOR Magic V3 dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 3, RAM 24GB dan bateri 5,150mAh berharga RM6,999

    HONOR Magic V3, telefon lipat paling nipis dengan ketebalan hanya 9.2mm dan berat 226g, kini dilancarkan pada harga RM6,999. Telefon ini menampilkan skrin luaran OLED 6.43 inci dan skrin dalaman OLED 7.92 inci di mana kedua-duanya dengan kadar penyegaran semula 120Hz.

    Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 dengan RAM 24GB dan storan 512GB untuk prestasi yang sangat lancar. Daripada segi fotografi, ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP, kamera periskop telefoto 50MP serta kamera ultra lebar dan makro 40MP. Telefon ini juga menyokong rakaman video 4K untuk hasil yang lebih berkualiti.

    Walaupun rekaannya nipis, HONOR Magic V3 hadir dengan bateri berkapasiti besar 5,150mAh yang menyokong pengecasan wayarles 50W dan pengecasan berwayar 66W. Dengan hanya 45 minit pengecasan, bateri akan penuh semula. Selain itu, terdapat beberapa ciri AI yang sangat berguna seperti Magic Portal yang membolehkan pengguna menekan lama pada teks atau gambar dan leret ke tepi skrin untuk membuka Any Door.

    Pengguna juga boleh membuka dua Magic Portal serentak untuk memudahkan urusan mencari maklumat atau harga produk melalui Google Image Search. Selain itu, ciri AI Face-to-Face Translation menyokong pelbagai bahasa dan memudahkan komunikasi dengan menampilkan terjemahan secara langsung pada skrin luaran. Anda juga boleh menambah ciri ini ke skrin utama melalui Settings > Assistant > Face-to-Face Translation.

    HONOR Notes pula membolehkan rakaman audio diterjemah dan mengenal pasti pembicara secara automatik, manakala ciri AI Eraser membolehkan anda membuang bahagian yang tidak diingini dari foto dengan mudah. Untuk memudahkan anda, berikut adalah spesifikasi ringkas bagi HONOR Magic V3:

    • Cipset Snapdragon 8 Gen 3
    • Skrin luaran OLED 6.43 inci
    • Skrin dalaman OLED 7.92 inci
    • RAM 24GB dan storan 512GB
    • Kamera belakang: Kamera utama 50MP, kamera periskop telefoto 50MP, kamera ultra lebar dan makro 40MP
    • Bateri 5,150mAh dengan pengecasan wayarles 50W dan berwayar 66W
    • Harga: RM6,999

    Adakah HONOR Magic V3 ini merupakan telefon lipat yang anda bakal miliki? Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...