Site icon TechNave BM

HONOR Magic V3 didedah secara rasmi – Lebih ringan, lebih nipis!

Sejak dikeluarkan pada Julai lalu, HONOR Magic V2 telah menjadi telefon pintar boleh lipat bentuk buku paling nipis dengan ketebalan terlipat hanya 9.9mm. Walau bagaimanapun, HONOR nampaknya tidak berhenti di situ. Kini, HONOR mendedahkan di Weibo bahawa Magic V3 yang akan datang bakal menetapkan penanda aras baharu daripada segi kenipisan dan ringan.

Walaupun HONOR tidak mendedahkan banyak maklumat, sumber menunjukkan bahawa ketebalan peranti tidak akan lebih rendah daripada 9mm tetapi ia akan tetap lebih nipis daripada Magic V2. Oleh itu, kita boleh menjangkakan ketebalannya antara 9mm dan 9.98mm.

Dilaporkan bahawa Magic V3 akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 dan akan mempunyai berat antara 220g dan 229g. Kapasiti bateri adalah antara 5,000mAh dan 5,990mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 66W.

Selain itu, telefon ini juga akan dilengkapi dengan 50MP “Eagle Eye camera” dan antara muka USB-C “ultra-nipis”. Terdapat khabar angin bahawa HONOR Magic V3 mungkin dikeluarkan pada Julai ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version