Site icon TechNave BM

HONOR Magic V5 kini serendah RM70 sebulan dengan pelan telco pilihan

Telefon boleh lipat ultra nipis terbaharu HONOR Magic V5 kini lebih mudah dimiliki oleh rakyat Malaysia menerusi pelan pascabayar syarikat telekomunikasi utama negara. Ditawarkan serendah RM70 sebulan, pengguna boleh memilih pakej langganan daripada Yes, CelcomDigi, Maxis dan U Mobile bergantung kepada kesesuaian bajet dan keperluan.

Melalui pelan Yes 5G, HONOR Magic V5 boleh dimiliki serendah RM70 sebulan yang menjadikannya pilihan paling rendah di pasaran buat masa ini. Sementara itu, CelcomDigi menawarkan harga RM126 sebulan menerusi pelan CelcomDigi One Ultra™ Pro manakala Maxis menyediakan pilihan serendah RM135 sebulan.

Bagi pengguna U Mobile, peranti ini ditawarkan pada kadar RM139 sebulan tanpa memerlukan bayaran pendahuluan. Untuk makluman, ia dijual pada harga tanda harga rasmi iaitu RM6,999. HONOR Magic V5 dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite, RAM 16GB, storan 512GB dan bateri berkapasiti 5,820mAh. Sistem kamera menampilkan sensor 64MP Telefoto Periskop dengan keupayaan zum sehingga 100x.

Reka bentuk juga dipertingkat dengan struktur skrin, badan dan engsel lebih kukuh lengkap dengan penarafan IP58 serta IP59 untuk perlindungan daripada debu dan air. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HONOR. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version