Site icon TechNave BM

HONOR Magic5 Pro dalam warna Coral Purple akan dilancar di Malaysia pada 25 Ogos 2023

Selepas HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar HONOR Magic5 Pro pada April lalu, kini syarikat teknologi itu akan melancarkan warna baharu untuk telefon pintar andalan ini iaitu dalam warna ungu Coral Purple. Ia bakal dijual di Malaysia bermula 25 Ogos 2023, sempena kempen promosi Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

HONOR Magic5 Pro merupakan antara telefon pintar andalan yang paling menarik pada waktu ini, dengan fungsi kamera Falcon Triple Main Camera, skrin terbaik dalam pengiktirafan DXOMARK dan bateri besar 5,000mAh. Anda boleh baca ulasan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.

Sementara itu, kempen promosi HONOR Merdeka Promotion akan berlangsung pada 25 Ogos sehingga 17 September 2023 dan para pelanggan boleh menikmati pelbagai diskaun dan hadiah percuma dengan nilai sejumlah RM10 juta.

Selain itu, anda juga boleh menyertai cabutan bertuah dalam kempen ini. Anda hanya perlu membeli mana-mana telefon pintar atau tablet HONOR, suka (like) laman Facebook HONOR Malaysia dan muat naik gambar anda bersama peranti HONOR baharu dengan tanda palang #HONORMerdeka2023 dalam kapsyen.

Hadiah yang ditawarkan termasuklah telefon pintar HONOR Magic5, mesin kopi Nescafe dan fon kepala wayarles Bluetooth. Seramai 155 orang pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah melalui promosi ini, di mana 39 pemenang akan diumum setiap enam hari.

Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version