Akhirnya, HONOR Malaysia telah mengumumkan tarikh pelancaran bagi kedua-dua telefon andalannya pada 6 April 2023, jam 2.30 petang melalui saluran Facebook dan YouTube rasmi HONOR Malaysia.
HONOR Magic5 Pro dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk telefon andalan tahun ini, seperti cipset Snapdragon 8 Gen 2, skrin dengan kadar segar semula sehingga 120Hz dan pengecasan pantas 66W. Ia menampilkan kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 50MP.
HONOR Magic5 Pro bukan sahaja memperoleh kedudukannya sebagai telefon pintar terkemuka, tetapi ia juga telah menduduki tempat #1 pada kedudukan Paparan Telefon Pintar DXOMARK. Ia membawa paparan terapung empat melengkung LTPO 6.81 inci dengan Teknologi Peningkatan Pencahayaan Paparan Novel.
HONOR Magic Vs pula menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan GPU Adreno 730. CPU peranti ini terdiri daripada 1 teras Cortex-X2 pada kelajuan 3.0GHz, 3 teras Cortex-A710 pada kelajuan 2.5GHz dan 4 teras Cortex-A510 pada kelajuan 1.8GHz.
Walaupun reka bentuknya yang kompak, HONOR Magic Vs mempunyai paparan luaran 6.45 inci dan paparan dalaman seperti tablet 7.9 inci. Selain itu, ia mempunyai bateri 5,00mAh yang menoyokong pengecasan SuperCharge 66W.
Sekiranya anda berminat, lawati laman web rasmi HONOR untuk tahu lebih lanjut dan tanda pada kalendar anda untuk pelancarannya pada 6 April ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

