More

    HONOR Magic5 Pro dan Magic Vs bakal dilancar di Malaysia pada 6 April ini

    Akhirnya, HONOR Malaysia telah mengumumkan tarikh pelancaran bagi kedua-dua telefon andalannya pada 6 April 2023, jam 2.30 petang melalui saluran Facebook dan YouTube rasmi HONOR Malaysia.

    HONOR Magic5 Pro dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk telefon andalan tahun ini, seperti cipset Snapdragon 8 Gen 2, skrin dengan kadar segar semula sehingga 120Hz dan pengecasan pantas 66W. Ia menampilkan kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 50MP.

    HONOR Magic5 Pro bukan sahaja memperoleh kedudukannya sebagai telefon pintar terkemuka, tetapi ia juga telah menduduki tempat #1 pada kedudukan Paparan Telefon Pintar DXOMARK. Ia membawa paparan terapung empat melengkung LTPO 6.81 inci dengan Teknologi Peningkatan Pencahayaan Paparan Novel. 

    HONOR Magic Vs pula menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan GPU Adreno 730. CPU peranti ini terdiri daripada 1 teras Cortex-X2 pada kelajuan 3.0GHz, 3 teras Cortex-A710 pada kelajuan 2.5GHz dan 4 teras Cortex-A510 pada kelajuan 1.8GHz. 

    Walaupun reka bentuknya yang kompak, HONOR Magic Vs mempunyai paparan luaran 6.45 inci dan paparan dalaman seperti tablet 7.9 inci. Selain itu, ia mempunyai bateri 5,00mAh yang menoyokong pengecasan SuperCharge 66W. 

    Sekiranya anda berminat, lawati laman web rasmi HONOR untuk tahu lebih lanjut dan tanda pada kalendar anda untuk pelancarannya pada 6 April ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...