Site icon TechNave BM

HONOR Magic8 Pro akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

HONOR Malaysia mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri telefon pintar flagship terbaru, HONOR Magic8 Pro, tidak lama lagi. Ia diperkenalkan buat kali pertama di China pada bulan lalu dan kini ia bakal dilancar untuk pasaran Malaysia.

Selain pengumuman ini, HONOR Malaysia turut mengumumkan bahawa ia telah dipilih sebagai peranti mudah alih rasmi untuk rancangan realiti nyanyian popular Gegar Vaganza 2025. Ia dipilih berdasarkan reputasi siri HONOR Magic yang terkenal sebagai siri telefon dengan kamera yang berkuasa.

HONOR Magic8 Pro merupakan sebuah telefon pintar yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, skrin AMOLED 120Hz 6.71 inci, bateri 7,200mAh, pengecasan pantas 120W dan sistem operasi Android 16.

Untuk kamera, ia dilengkapi kamera utama 50MP, kamera telefoto periskop 200MP dengan zum optikal 3.7x, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera hadapan 50MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version