More

    HONOR Magic8 dan Magic8 Pro dilancar dengan SD 8 Elite Gen 5 dan butang AI baharu, bermula ~RM2,980

    HONOR hari ini memperkenalkan dua telefon mercu terbaharu di China iaitu HONOR Magic8 dan Magic8 Pro yang hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite Gen 5. Kedua-dua model menawarkan ciri kecerdasan buatan yang lebih pintar melalui sistem MagicOS 10 dan lengkap dengan pembantu maya Yoyoserta butang AI boleh suai untuk mengaktifkan fungsi tertentu atau pembantu suara melalui tekan lama.

    HONOR Magic8 Pro menampilkan sistem tiga kamera dengan sensor utama 50MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 200MP dengan zum optikal 3.7x serta penstabil imej optikal. Ia juga dilengkapi skrin OLED LTPO 6.71 inci beresolusi 1256 x 2808 piksel dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 6,000 nits.

    Turut disertakan kamera hadapan 50MP serta kamera kedalaman 3D untuk imbasan wajah. Telefon ini dikuasakan bateri 7,200mAh jenis silikon-karbon dengan pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W wayarles, selain menyokong ketahanan IP68/IP69/IP69K. Model asas HONOR Magic8 turut menggunakan cip sama tetapi hadir dengan skrin sedikit kecil 6.58 inci.

    Ia mengekalkan butang AI dan pembantu Yoyo serta dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan telefoto 64MP dengan zum 3x. Kamera hadapan turut menggunakan sensor 50MP, namun tanpa kamera kedalaman 3D. Peranti ini dimuatkan bateri 7,000mAh dengan pengecasan pantas 90W berwayar dan 80W wayarles.

    Kedua-dua model ditawarkan dalam warna Sunrise Gold, Sky Cyan dan Black dengan harga jualan bermula CNY 4,499 (~RM2,980) untuk Magic8 manakala Magic8 Pro bermula CNY 5,699 (~RM3,780). HONOR mengesahkan bahawa siri Magic8 ini akan diperkenalkan ke pasaran global dalam masa terdekat.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured