Site icon TechNave BM

HONOR Play 20 Pro mungkin dikeluarkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB

Awal tahun ini, HONOR melancarkan HONOR Play 20, telefon pintar peringkat permulaan dengan pemproses Unisoc T610. Namun sekarang, ada berita mendedahkan keluaran HONOR Play 20 Pro dan beberapa butiran mengenai telefon tersebut.

Maklumat menunjukkan bahawa telefon akan mempunyai RAM 8GB dan storan 128GB. Turut diyakini akan ada konfigurasi yang lain semasa pelancaran kelak. Telefon ini akan hadir dalam tiga warna – Titanium Silver, Magic Night Black, dan Icelandic Fantasyland.

Image source: Weibo

Sumber(@Jiwai Digital VVV) mengatakan bahawa telefon akan menggunakan pemproses Unisoc tetapi pengguna Weibo yang lain(@Wang Tsai Know-how), mengatakan sebaliknya. Dia turut memberitahu bahawa HONOR Play 20 Pro akan menjadi telefon 4G seperti HONOR Play 20 dengan harga antara ¥ 999 (~RM640) – ¥ 1199 (~RM770).

The HONOR Play 20 akan mempunyai paparan 6.52 inci dengan resolusi HD + dan takuk air (waterdrop notch) diatas. Telefon ini mempunyai RAM 8GB dan kesemua varian RAM mempunyai storan eMMC 128GB yang boleh menambahkan ruang melalui slot kad MicroSD.

Ciri-ciri lain Play 20 merupakan dwi-kamera 13MP + 2MP di bahagian belakang, sensor 5MP untuk kamera hadapan, kapasiti bateri 5000mAh dengan pengecasan 10W dan sistem operasi Android 10 bersama Magic UI 4.0.

Peminat gajet pasti tidak sabar untuk melihat keluaran HONOR Play 20 Pro. Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version