More

    HONOR Play 20 Pro mungkin dikeluarkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB

    Awal tahun ini, HONOR melancarkan HONOR Play 20, telefon pintar peringkat permulaan dengan pemproses Unisoc T610. Namun sekarang, ada berita mendedahkan keluaran HONOR Play 20 Pro dan beberapa butiran mengenai telefon tersebut.

    Maklumat menunjukkan bahawa telefon akan mempunyai RAM 8GB dan storan 128GB. Turut diyakini akan ada konfigurasi yang lain semasa pelancaran kelak. Telefon ini akan hadir dalam tiga warna – Titanium Silver, Magic Night Black, dan Icelandic Fantasyland.

    Image source: Weibo

    Sumber(@Jiwai Digital VVV) mengatakan bahawa telefon akan menggunakan pemproses Unisoc tetapi pengguna Weibo yang lain(@Wang Tsai Know-how), mengatakan sebaliknya. Dia turut memberitahu bahawa HONOR Play 20 Pro akan menjadi telefon 4G seperti HONOR Play 20 dengan harga antara Â¥ 999 (~RM640) – Â¥ 1199 (~RM770).

    The HONOR Play 20 akan mempunyai paparan 6.52 inci dengan resolusi HD + dan takuk air (waterdrop notch) diatas. Telefon ini mempunyai RAM 8GB dan kesemua varian RAM mempunyai storan eMMC 128GB yang boleh menambahkan ruang melalui slot kad MicroSD.

    Ciri-ciri lain Play 20 merupakan dwi-kamera 13MP + 2MP di bahagian belakang, sensor 5MP untuk kamera hadapan, kapasiti bateri 5000mAh dengan pengecasan 10W dan sistem operasi Android 10 bersama Magic UI 4.0.

    Peminat gajet pasti tidak sabar untuk melihat keluaran HONOR Play 20 Pro. Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured