Site icon TechNave BM

HONOR Play 6T dan Play 6T Pro dilancar: Miliki cipset Dimensity 810 & bateri 5,000mAh bermula ~RM795

Baru-baru ini, HONOR  telah melancarkan telefon pintar HONOR X7, X8 dan X9 di pasaran bermula pada harga RM699. Kini, ia kembali membawakan HONOR Play 6T dan HONOR Play 6T Pro.

HONOR Play 6T menampilkan skrin LCD 6.7 inci dengan takuk titisan air (waterdrop notch) dan kamera 5MP. Ia membawa cipset MediaTek Dimensity 700 dengan sambungan 5G memuatkan dua teras ARM Cortex-A76 sehingga 2.2GHz dan enam teras ARM Cortex-A55 yang mencatatkan masa sehingga 2GHz. Peranti ini menyokong RAM 8GB dan sehingga storan 256GB.

HONOR Play 6T hadir dengan reka bentuk tri-kamera baharu iaitu kamera utama 13MP dan dua sensor 2MP yang mungkin untuk tangkapan makro dan sensor kedalaman diikuti dengan flash LED. Telefon kelas pertengahan ini mempunyai bateri 5,000mAh . Ia tidak menyediakan sebarang jenis pengecasan pantas, maka kami hanya menganggap ia mengecas pada 10W pada pengecasan USB-C.

Seterusnya, HONOR Play 6T Pro juga dilengkapi dengan LCD 6.7 inci dan resolusi FHD+. Ia membawa panel yang berbeza dengan potongan lubang tebuk (punch-hole) dan kamera swafoto 8MP. Ia juga membawa prestasi yang baik dengan cipset MediaTek Dimensity 810.

Telefon ini juga mempunyai RAM 8GB dan storan 256GB. Dwi-kamera di bahagian belakang membawa resolusi 48 MP dan 2MP. HONOR Play 6T Pro menjalankan Magic UI 5.0 berasaskan Android 10. Baterinya juga lebih kecil dengan hanya 4,000 mAh dengan pengecasan pantas 40W.

HONOR Play 6T dijual dalam warna hitam, biru dan perak pada harga CNY 1,199 (~RM795) manakala untuk pilihan 256GB berharga CNY 1,399 (~RM927). HONOR Play 6T Pro pula dijual dalam warna perak, hitam dan merah jambu dengan storan 128GB yang berharga CNY 1,399 (~RM927) dan storan 256GB pada harga CNY 1,599 (~RM1,060).

Kami tidak pasti sama ada peranti akan disediakan dalam pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version