More

    HONOR X7, X8, X9 & X9 5G dilancar di Malaysia: Cipset SD 695 5G dan empat kamera 64MP bermula RM699

    Pada hari ini, HONOR Malaysia telah melancarkan siri HONOR X iaitu HONOR X7, HONOR X8, HONOR X9 dan HONOR X9 5G yang membawa reka bentuk nipis dan bergaya, skrin besar dengan bezel nipis, fotografi yang cantik dan prestasi yang lancar.

    HONOR X7 menampilkan skrin FullView 6.74 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan kadar pensampelan sentuh 180Hz. Tidak dilupakan spesifikasi yang lain seperti cipset Snapdragon 680 6nm, RAM 4GB, storan 128GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 22.5W.

    Dari segi kamera, HONOR X7 dilengkapi dengan kamera 48MP + sudut lebar 5MP +sensor makro 2M + sensor Bokeh 2M. Ia turut mempunyai sambungan Bluetooth 5.1 dan port USB-C Anda boleh dapatkan HONOR X7 pada harga RM699 sahaja.

    HONOR X8 berukuran 7.45mm dan seberat 177g sambil menampilkan paparan LCD ultra-nipis FullView 6.7 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Dengan bezel yang nipis, ia memberikan paparan dengan nisbah skrin-ke-badan 93.6% paling dalam kalangan telefon pintar dalam kategori yang sama.

    Ia dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 680 6nm untuk menjimatkan hayat baterinya yang berkapasiti 4,000mAh. Sudah tentu, telefon pintar ini menyokong pengecasan berwayar SuperCharge 22.5W memberikan anda tempoh sehingga 3 jam untuk tontonan video, gaming, strim langsung dan sebagainya bagi 10 minit pengecasan.

    Dari segi kamera, HONOR X8 dilengkapi dengan kamera ultra jelas 64MP + sudut lebar 5MP +sensor makro 2M + sensor Bokeh 2M menawarkan lebih banyak butiran gambar berbanding model sebelum ini. Anda boleh dapatkan HONOR X8 pada harga RM899 sahaja.

    Pra-tempahan untuk HONOR X8 akan dibuka pada 29 Mac hingga 6 April 2022. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan HONOR CHOICE Earbuds X, lanjutan tempoh jaminan 1 tahun dan perlindungan skrin retak selama enam bulan.

    HONOR X9 berharga RM1,099 menampilkan skrin FullView 6.81 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan kadar pensampelan sentuh 180Hz. Spesifikasi lain termasuk cipset Snapdragon 680 6nm, 8GB + 128GB, Bluetooth 5.0 dan bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 66W. Ia membawa kamera utama 64MP + sudut lebar 8MP + sensor makro 2M + sensor Bokeh 2M dan kamera hadapan 16MP.

    "
    "

    Seterusnya, HONOR X9 5G dilengkapi dengan bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 66W. Bateri telefon akan meningkat sehingga 50% dalam masa 15 minit dan 81% dalam masa 30 minit sahaja. 

    Ia direka bentuk dengan bezel super nipis tahap andalan 1.05mm, 40% lebih nipis daripada kebanyakan telefon pintar dalam kategori yang sama. Telefon pintar ini memberikan nisbah skrin-ke-badan sehingga 94% untuk tontonan filem, game dan tugasan harian yang optimum.

    HONOR X9 5G dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G memberikan produktiviti dan pengalaman gaming yang mengasyikkan. Dengan RAM Turbo 8GB + 2GB, anda boleh membuka aplikasi dengan lancar tanpa gangguan dalam melakukan pelbagai tugas.

    Dari segi kamera, ia menampilkan tri-kamera 48MP + sensor kamera Bokeh 2M +sensor makro 2M manakala kamera hadapan membawa kejelasan sehingga 16MP. Anda boleh dapatkan HONOR X9 5G ini pada harga RM1,299.

    Pra-tempahan untuk HONOR X9 5G akan dibuka pada 29 Mac hingga 6 April 2022. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan HONOR CHOICE Earbuds X, sarung telefon, lanjutan tempoh jaminan 1 tahun dan perlindungan skrin retak selama enam bulan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...