HONOR mengumumkan bahawa siri HONOR Magic yang bermula dengan HONOR Magic7 Pro akan menerima tujuh tahun kemas kini sistem operasi Android dan keselamatan. Langkah ini yang sebahagian daripada HONOR ALPHA PLAN akan diperkenalkan di Eropah sebelum diperluaskan ke Malaysia.
Dengan sokongan lanjutan ini, HONOR menjadi salah satu daripada tiga jenama yang menawarkan jaminan kemas kini jangka panjang untuk memastikan pengguna terus mendapat inovasi AI terkini dan pengalaman peranti yang lebih selamat serta berprestasi tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, James Li, menekankan bahawa inisiatif ini selari dengan visi syarikat untuk memenuhi dan melebihi jangkaan pengguna. Selain meningkatkan keselamatan dan prestasi peranti, langkah ini juga membantu mengurangkan sisa elektronik dan menyokong kelestarian.
HONOR berhasrat memperluaskan sokongan ini kepada lebih banyak model andalan pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti laman rasmi HONOR Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon andalan daripada HONOR dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

