Site icon TechNave BM

HONOR X8 5G dilancar: Dilengkapi SD480+, skrin 6.5 inci, 3 kamera

HONOR telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu HONOR X8 5G untuk pasaran antarabangsa. Telefon ini agak berbeza dengan HONOR X8 yang dilancar pada bulan Mac lalu.

Telefon ini mempunyai skrin IPS LCD berukuran 6.5 inci dengan resolusi 1600×720. Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset Snapdragon 480+, RAM 6GB, storan dalaman 128GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 22.5W.

Di belakang, ia mempunyai tiga kamera iaitu kamera utama 48MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula ia mempunyai kamera swafoto 8MP. Telefon ini akan ditawarkan dalam warna biru Ocean Blue dan hitam Midnight Black.

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai harga. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version