More

    HONOR X8 dilancar: Dilengkapi SD 690, LCD 6.7″ dan kamera 64MP

    Baru-baru ini, HONOR telah menambah koleksi telefon dalam siri X dengan melancarkan HONOR X8. Peranti itu diumumkan untuk rantau MEA dan akan tiba ke lebih banyak wilayah termasuk Eropah serta Afrika tidak lama lagi.

    Ia membawakan spesifikasi kelas pertengahan termasuk LCD 6.7 inci dengan kadar penyegaran 90Hz, cipset Qualcomm Snapdragon 690 dan bateri 4,000 mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

    Pada bahagian belakang HONOR X8 dilengkapi kamera utama 64MP + ultralebar 5MP + sensor kedalaman 2MP + makro 2MP. Kamera swafoto 16MP ditempatkan pada lubang tebuk yang terletak di tengah atas skrin.

    Cipset Snapdragon 690 disertakan dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Sistem antara muka menggunakan HONOR Magic UI 4.2 berasaskan Android 11. Honor X8 hadir dalam warna Titanium Silver, Midnight Black dan Ocean Blue.

    Butiran harga dan ketersediaan tidak diumumkan secara rasmi oleh HONOR pada ketika ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...