Site icon TechNave BM

HONOR X9a 5G bakal dilancar di Malaysia: Tampilkan skrin lengkung OLED ultra kukuh untuk ketahanan jatuh

Sebelum ini, HONOR telah melancarkan HONOR X9 5G pada September lalu. Kini, ia diikuti dengan telefon pintar baharu HONOR X9a 5G yang bakal memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat.  

Poster rasmi di bawah menggambarkan HONOR X9a 5G telah jatuh ke lantai dengan kesan retakan di kelilingnya akibat impak hentakan. Ia menampilkan skrin lengkung OLED ultra kukuh menunjukkan ia mempunyai ketahanan yang kuat.

Mengenai ketahanan skrin lengkung, HONOR X9a 5G dimuatkan dengan kaca diperkukuh super 0.65mm yang mempunyai ketahanan jatuh kuat. HONOR X9a 5G sudah melalui 33 ujian teliti antaranya menjatuhkan peranti ini di atas mamar dan lantai konkrit untuk membuktikan kualitinya. 

Ia mempunyai sistem pintar AI Anti-Mistouch di mana ia tidak akan memberi sebarang respons sekiranya anda menyentuh skrin secara tidak sengaja. Namun, harga dan tarikh pelancaranya di Malaysia masih tidak diketahui. 

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9a 5G, anda boleh layari laman web HONOR atau mengikuti Facebook HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version