More

    HONOR X9 5G akan dilengkapi Snapdragon 695, SuperCharge 66W dan skrin 120Hz

    Pada 29 Mac nanti, HONOR bakal memperkenalkan HONOR X9 di Malaysia yang memuatkan cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G. Ia menampilkan dua teras ARM Cortex-A78 yang mencatatkan masa sehingga 2.2GHz dan enam teras ARM Cortex-A55 yang sehingga 1.7 GHz. Ia membawakan Adreno 619 yang sederhana jika dibandingkan dengan tawaran pada siri Snapdragon.

    Cipset 6nm yang digunakan memberi prestasi tenaga yang baik seta mempunyai RAM 8GB dan storan 128GB. Ia hadir dengan skrin LCD IPS FHD+ 6.81 inci beresolusi 120Hz dan 2,388 x 1,080 piksel. Ia mempunyai kamera swafoto 16MP dan kamera utama 48MP + makro 2MP + sensor kedalaman 2MP.

    Ia dilengkapi dengan bateri 4,800 mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W, pengimbas cap jari (di sisi), Wi-Fi 5, Bluetooth 5.1 dan port USB-C dan menggunakan OS Android 11 dengan Magic UI 4.2. Ia mungkin akan dikemas kini ke Android 12 dalam beberapa bulan. 

    HONOR X9 hadir mempunyai warna Midnight Black, Titanium Silver dan Ocean Blue. Buat masa ini, telefon ini hanya tersedia di Malaysia dan mungkin akan disediakan secara global tidak lama lagi bersama HONOR X7. HONOR akan membawa lebih banyak peranti ke pasaran global dalam beberapa bulan akan datang. 

    Kami masih menunggu harga peranti yang mungkin diumumkan ketika pelancarannnya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...