Site icon TechNave BM

HONOR X9b 5G bakal dilancar di Malaysia pada 1 November 2023

HONOR Malaysia bakal melancarkan HONOR X9b 5G pada 1 November 2023, jam 7:00 malam di Malaysia membawakan peranti tahan lasak semua sudut dan mampu menahan cabaran sukar ketika mengharungi tugas harian.

HONOR X9b mempunyai kekukuhan peranti 360° dengan paparan anti-jatuh melantun ultra iaitu perlindungan ultra tiga lapisan serba baharu bagi melindungi paparan hadapan dan belakang. Perlindungannya termasuk balutan kusyen keliling yang mampu menyerap sehingga 1.2 kali impak jatuhan, dibina untuk tahan lama daripada segi luar dan dalam.

Telefon pintar ini telah memiliki sijil lima bintang rintangan jatuh setiap sudut, dianugerahkan oleh SGS Switzerland. HONOR X9b juga merupakan yang pertama dalam industri menawarkan pengguna penggantian skrin retak depan dan belakang selama setahun selepas tempoh pembelian. Dalam pada itu, HONOR menjadi yang pertama dalam industri menawarkan jaminan ‘gantian retak depan & belakang 365 hari’.

Bermula 27 hingga 31 Oktober, peminat boleh membuat tempahan HONOR X9b dengan hanya wang pendahuluan RM9 serta layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang menang wang tunai bernilai sehingga RM 1,500. Selain itu, pelanggan awal juga akan menerima hadiah percuma yang terdiri daripada penggantian retak depan dan belakang 365 hari, HONOR Choice Moecen Band dan HONOR Choice Earbuds X5.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR X9b anda layari laman web rasmi HONOR di sini. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version