More

    HONOR X9b akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

    Pada Januari lalu, HONOR X9a telah dilancarkan di Malaysia membawa spesifikasi yang bagus sebagai telefon kelas permulaan. Kini, HONOR bersedia untuk mengeluarkan HONOR X9b melambangkan “beyond tough (jauh lebih kukuh)” menunjukkan peranti ini lebih bagus daripada segi ketahanan.

    HONOR X9b mempunyai kekukuhan peranti 360° dengan paparan anti-jatuh melantun ultra iaitu perlindungan ultra tiga lapisan serba baharu. Perlindungannya termasuk balutan kusyen keliling yang mampu menyerap sehingga 1.2 kali impak jatuhan, dibina untuk tahan lama daripada segi luar dan dalam.

    Telefon pintar ini telah memiliki sijil lima bintang rintangan jatuh setiap sudut, dianugerahkan oleh SGS Switzerland. HONOR X9b akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi dan peminat boleh layari laman web rasmi HONOR untuk tahu lebih lanjut.

    Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...