Site icon TechNave BM

HONOR X9b bakal dilancar di Malaysia pada 23 Oktober 2023

HONOR Malaysia bakal melancarkan HONOR X9b pada 23 Oktober 2023 di Malaysia sebagai peranti tahan lasak semua sudut dan mampu menahan cabaran sukar ketika mengharungi tugas harian.

HONOR X9b mempunyai kekukuhan peranti 360° dengan paparan anti-jatuh melantun ultra iaitu perlindungan ultra tiga lapisan serba baharu bagi melindungi paparan hadapan dan belakang. Perlindungannya termasuk balutan kusyen keliling yang mampu menyerap sehingga 1.2 kali impak jatuhan, dibina untuk tahan lama daripada segi luar dan dalam.

Telefon pintar ini telah memiliki sijil lima bintang rintangan jatuh setiap sudut, dianugerahkan oleh SGS Switzerland. HONOR X9b juga merupakan yang pertama dalam industri menawarkan pengguna penggantian skrin retak depan dan belakang selama setahun selepas tempoh pembelian.

Baru-baru ini, HONOR Malaysia membuat pengumuman yang menghubungkan aksi dan thriller dengan kerjasama filem tempatan, ‘War on Terror: KL Anarki’ yang menampilkan HONOR X9b baharu. Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 23 November 2023.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi HONOR di sini. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version