Site icon TechNave BM

HONOR X9c Smart kini rasmi di Malaysia dengan Ultra-Tough Triple Defense berharga RM1,099

HONOR mengumumkan pelancaran rasmi HONOR X9c Smart yang merupakan versi Lite kepada HONOR X9c 5G. Ia menawarkan alternatif yang lebih mampu milik berbanding HONOR X9c 5G yang berharga RM1,499 dengan penjimatan sehingga RM400.

HONOR X9c Smart dilengkapi teknologi Ultra-Tough Triple Defense termasuk anti-jatuhan, kalis air dan kalis calar yang ditingkatkan untuk memastikan ketahanan yang optimum. Tambahan, peranti ini juga menerima pengiktirafan Kebolehpercayaan Komprehensif Lima Bintang oleh SGS.

Daripada segi prestasi, HONOR X9c Smart hadir dengan RAM 16GB (8GB RAM tambahan menerusi HONOR Turbo RAM) serta storan 256GB. Ia dilengkapi paparan FHD+ Flat LCD 6.8 inci, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 850 nits.

Ciri-ciri utama lain termasuk bateri berdensiti tinggi 5,800mAh yang mampu bertahan hingga 31.6 jam untuk penstriman muzik dan 18.5 jam untuk video serta sokongan pengecasan pantas HONOR SuperCharge 35W. Untuk fotografi, HONOR X9c Smart menampilkan kamera utama 108MP dan lebar 5MP serta kamera swafoto 16MP.

Ia akan tersedia di seluruh negara dengan tanda harga RM1,099 bermula 11 Disember 2024, jam 8 malam. HONOR X9c Smart boleh didapati dalam warna Ocean Cyan dan Moonlight White di HONOR Official Store, laman rasmi HONOR dan platform e-dagang utama seperti Lazada, Shopee, serta pengedar sah seperti Harvey Norman, Senheng dan Urban Republic.

Spesifikasi lengkap HONOR X9c Smart:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR X9c Smart dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version