More

    HONOR X9c Smart bakal tiba di Malaysia pada 11 Disember ini

    HONOR terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran telefon pintar dengan memperkenalkan model terbaharu, HONOR X9c Smart. Telefon ini bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 11 Disember 2024, jam 8 malam.

    HONOR X9c Smart adalah versi yang lebih mesra bajet daripada HONOR X9c 5G namun tetap menawarkan prestasi yang boleh diharapkan. Direka khusus untuk pengguna yang mahukan gabungan kualiti tinggi dan harga berpatutan, HONOR X9c Smart menjadi pilihan ideal bagi mereka yang mencari telefon pintar yang praktikal, tahan lama dan berbaloi.

    Ciri-Ciri utama HONOR X9c Smart ialah ketahanan untuk jatuh, tenggelam dan calar yang mana ia mewarisi DNA perlindungan tiga kali ganda yang ada pada HONOR X9c 5G. Seterusnya, ia menampilkan reka bentuknya yang praktikal dan bergaya dengan paparan rata serta kemasan belakang diilhamkan oleh tekstur marmar.

    HONOR X9c Smart hadir dengan pilihan warna seperti Ocean Cyan dan Moonlight White. Jangan lupa untuk menyaksikan pelancaran rasmi HONOR X9c Smart pada 11 Disember 2024. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR X9c Smart dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured