Site icon TechNave BM

HUAWEI ajak anda ke pameran khas bertemakan panda di Pavilion Kuala Lumpur, boleh cuba pelbagi peranti menarik

HUAWEI Malaysia kini menganjurkan jerayawara #TechWithLove di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 6 hingga 17 November 2024. Rakyat Malaysia dijuemput untuk mengunjungi jerayawara tersebut di mana mereka boleh mendapatkan pelbagai hadiah edisi terhad daripada HUAWEI, seperti pelekat Pet Panda, cawan, baucar dan banyak lagi.

Pengunjung juga berpeluang untuk mencuba jam tangan pintar HUAWEI WATCH GT 5 yang menawarkan pelbagai fungsi kesihatan canggih seperti HUAWEI TruSense System yang mengukur degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, kadar pernafasan dan banyak lagi serta menyediakan cadangan untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Anda boleh cuba menunggang basikal senaman yang berada di jerayawara ini untuk memenuhi cincin Activity Rings seperti yang terdapat pada WATCH GT 5, kemudian anda akan menerima pakej Happy Ball yang mengandungi hadiah anda.

Satu lagi peranti yang boleh dicuba adalah tablet HUAWEI MatePad Pro, di mana anda boleh cipta karya seni dengan aplikasi GoPaint.

Selain itu, anda boleh serta pertandingan gambar #HUAWEITechWithLove yang akan berlangsung sehingga 30 November 2024. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

Lima HES baharu akan dibuka pada bulan ini iaitu di Sunway Pyramid (9 November), Sutera Mall Johor (9 November), AEON Mall Taiping (9 November), 1 Utama (10 November) dan Muar Up Town (11 November). Anda boleh hadiri acara pembukaan HES baharu ini untuk mendapatkan promosi khas untuk HUAWEI WATCH GT 5 Series.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menghadiri acara HUAWEI ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version