More

    HUAWEI WATCH GT 5, GT 5 Pro dan WATCH Ultimate dilancar di Malaysia, harga bermula RM1,099

    HUAWEI Malaysia hari ini melancarkan tiga utas jam tangan pintar baharu untuk para pengguna tempatan iaitu HUAWEI WATCH GT 5, HUAWEI WATCH GT 5 Pro dan HUAWEI WATCH Ultimate. Setiap jam tangan ini dilengkapi fungsi canggih untuk menjaga kesihatan anda, menjejak kemajuan sukan, kekal berhubung dengan telefon pintar dan banyak lagi.

    Berikut adalah maklumat lanjut untuk setiap jam tangan ini:

    HUAWEI WATCH GT 5 Series

    HUAWEI WATCH GT 5 dan HUAWEI WATCH GT 5 dibina dengan aloi titanium gred aeroangkasa dan seramik nanokristal bagi menghasilkan penampilan yang menarik sambil mempunyai ketahanan yang tinggi dan ringan untuk dipakai.

    Ia mempunyai HUAWEI TruSense System untuk menjejak kualiti kesihatan pemakai dengan mengukur metrik seperti degupan jantung, SpO2, kualiti tidur serta kitaran haid untuk para wanita.

    HUAWEI WATCH GT 5 Pro

    Selain dilengkapi pelbagai mod sukan, satu ciri yang baharu untuk siri jam tangan ini adalah Golf Course Mode yang menyediakan data dalam masa nyata dan maklumat penting untuk sesi golf anda. Ia boleh digunakan di pelbagai padang golf dalam seluruh dunia.

    Untuk mereka yang gemar berlari, HUAWEI Sunflower Positioning System dalam jam tangan ini akan memastikan penjejakan kedudukan dan pengemudian yang lebih tepat, walaupun dalam persekitaran yang mencabar. HUAWEI mengatakan ia mempunyai ketepatan yang lebih tinggi sehingga 40% berbanding generasi sebelumnya.

    Khas untuk WATCH GT 5 Pro, ia mempunyai peta topografik bagi membenarkan anda berlari dalam laluan hutan yang lebih kompleks dan pada masa yang sama, menjejak kedudukan anda supaya anda kekal selamat. Jam tangan ini akan memberi arahan suara bagi memberikan pengemudian sewaktu berlari.

    HUAWEI WATCH GT 5 (46mm)
    HUAWEI WATCH GT 5 (41mm)

    Selain itu, jam tangan ini mempunyai Emotional Wellbeing Assistant yang boleh menjejak tahap fisiologi dan emosi pemakai dengan mengukur signal seperti perubahan degupan jantung dan suhu kulit. Ia boleh mengesan jika anda mengalami stres atau resah (anxiety), dan akan memberi panduan seperti aktiviti pernafasan untuk mengembalikan keseimbangan emosi.

    "
    "

    HUAWEI WATCH GT 5 akan dijual pada harga bermula RM1,099 dan akan ditawarkan dalam saiz 41mm dan 46mm, manakala HUAWEI WATCH GT 5 Pro akan dijual pada harga bermula RM1,399 dan akan ditawarkan dalam saiz 42mm dan 46mm. Pra-tempahan akan berlangsung sehingga 4 Oktober 2024 dan boleh dibuat di laman web HUAWEI, Shopee atau Lazada.

    HUAWEI WATCH Ultimate

    Jam tangan ini dibina dengan rekaan yang mewah dan menyerupai jam tangan eksklusif yang jauh lebih mahal. Daripada segi fungsi, ia mempunyai segala fungsi yang ditawarkan dalam siri WATCH GT 5.

    Satu ciri utama pada jam tangan ini adalah sokongan mendalam untuk sukan golf, di mana ia mempunyai maklumat untuk lebih 180 padang golf di Malaysia dan seluruh dunia. Ia boleh memberi ukuran jarak yang tepat, kelajuan dan arah angin dan tahap cerun bagi membenarkan anda menyusun strategi golf dengan lebih baik.

    Ia juga mempunyai rating kalis air 100 meter dan menyokong pelbagai fungsi selaman. Baterinya boleh bertahan sehingga 14 hari, manakala pengecasan selama 60 minit sahaja sudah cukup untuk pengecasan penuh.

    HUAWEI WATCH Ultimate
    Ciri-ciri utama HUAWEI WATCH Ultimate

    HUAWEI WATCH Ultimate akan dijual pada harga RM3,799. Pelanggan yang membuat pra-tempahan akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM1,258. Pra-tempahan boleh dibuat di kedai-kedai HUAWEI Experience Stores, laman web HUAWEI, Shopee atau Lazada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam tangan HUAWEI ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...