Site icon TechNave BM

Huawei AppGallery merupakan ekosistem aplikasi ketiga terbesar, 400 juta pengguna aktif

Google dan Apple sememangnya mempunyai kehebatan masing-masing dalam aspek pembangunan aplikasi. Bagi Huawei, setelah mengalami episod pergolakan dengan Amerika Syarikat, kini Huawei tampil dengan ekosistem aplikasinya sendiri. Dengan ini, Huawei menyatakan bahawa Huawei AppGallery merupakan App Store terbesar selepas Google dan Apple.

Baru-baru ini, Huawei telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai Huawei App Gallery di satu acara di Barcelona. Turut dilancarkan adalah peranti boleh lipat 5G, Huawei Mate Xs 5G, Huawei MatePad Pro, MateBook D15 dan MateBook D14 dan MateBook X Pro.

Semasa mengumumkan mengenai Huawei AppGallery, mereka turut menyatakan bahawa pada masa ini AppGallery boleh didapati di 170 negara dan telah digunakan oleh 400 juta pengguna bulanan.

Adakah anda merupakan pengguna Huawei AppGallery? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version