More

    Pelancaran Huawei Mate Xs 5G: Kirin 990 5G, 55W pengecasan pantas dengan harga ~RM11,332

    Terkini, Huawei melancarkan peranti lipat keduanya, Huawei Mate Xs. Pada keluaran kali ini, Huawei meningkatkan prestasinya seiring dengan perkembangan rangkaian 5G. Huawei Mate Xs 5G merupakan peranti boleh lipat yang menyokong 5G, dijual dengan harga bermula dari 2499 euro (~RM11332).

    Peranti boleh lipat 5G ini dihuni cipset Kirin 990 5G dengan reka bentuk lipatan Falcon Wing. Anda kini boleh memilih sama ada untuk menggunakan mod telefon atau mod tablet. Dengan kapasiti bateri 4500mAh dan pengecas pantas Ultra Fast 55W SuperCharge, anda hanya perlu menunggu selama 30 minit untuk 85% jangka hayat bateri!

    Berkenaan kamera, Huawei Mate Xs 5G dihuni tetapan kamera quad SuperSensing Leica 40MP + 16MP (ultra-lebar) + 8MP (telefoto) + 3D Sensing Camera. Bukan itu sahaja, tetapan kameranya menyokong kombinasi OIS dan Penstabilan Imej AI dengan zum hibrid 30X.

    Adakah anda akan menyambar peranti penuh produktiviti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured