Site icon TechNave BM

HUAWEI dan HONOR bakal lancarkan komputer riba ‘gaming’ dijana AMD Ryzen 4000H

Setelah menempah nama dalam industri telefon pintar, HUAWEI dan HONOR juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan barangan pintar lain. Lebih menarik, kali ini HUAWEI dan HONOR dilaporkan sedang merancang untuk melancarkan komputer riba gaming untuk pasaran teknologi.

Sumber melaporkan bahawa komputer riba gaming ini akan dijana pemproses AMD Ryzen 4000H bersama pengoperasian grafik oleh GeForce RTX 20. Ia dikatakan bakal menjengah pasaran selewat-lewatnya pada Ogos ini, mungkin dimulakan oleh HONOR dan disusuli HUAWEI.

Untuk pengetahuan anda, walaupun sumber ini masih tidak rasmi, namun HONOR sebenarnya pernah menyatakan bahawa mereka sudah lama merancang untuk segmen komputer riba gaming. Kami menjangkakan peminat teknologi pasti ingin tahu sejauh manakah kejayaan jenama ini dalam menghasilkan komputer riba gaming.

Memandangkan ia dikatakan bakal dihuni AMD Ryzen 4000H, anda boleh mengetahui prestasi komputer riba gaming ASUS yang menggunakan AMD Ryzen 9 4000HS. Apakah jangkaan anda terhadap hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version